Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (golék) 1. guling; ~ para Kl sj permainan kanak-kanak (buah pinang dll diletakkan di atas para dan dilempar supaya jatuh berguling); ayam ~ ayam yg dimasak atau dipanggang bulat-bulat (tidak dikerat-kerat); bantal ~ bantal guling (berbentuk bulat panjang); bola ~ judi dgn menggunakan bola yg digulingkan ke petak-petak yg bernombor; hantu ~ hantu yg berguling-guling di tanah; 2. Kd geleng (kepala); bergolek 1. berguling, bergerak berpusing (bola, guli, dll); 2. berbaring; ~-gelantang berbaring-baring; yg bulat datang ~, yg pipih datang melayang prb keuntungan (kemewahan dll) datang drpd berbagai-bagai punca; bergolek-golek 1. berbaring-baring; 2. = bergolekan berguling-guling; bergolekan berguling-guling; tergolek 1. jatuh berguling; 2. terbaring, tergelimpang; ~ di nan datar prb Mn mendapat bahaya oleh perkara kecil; golekan hasil menggolek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata golek I